1 RAHSIA Nak Hilangkan Jeragat

1 RAHSIA HILANGKAN JERAGAT DEGIL !

Iya,memang susah nak hilangkan jeragat ni.Lebih-lebih lagi jika sudah ada sejak dari kecil.Itu mungkin faktor keturunan.Tapi kita boleh pudarkan jeragat itu.

Ramai yang rasa putus asa,membazir duit dan redha dengan keadaan kulit muka yang berjeragat.Iyalah,dah cuba bermacam-macam produk tetapi tiada kesan.Ada yang sanggup berhabis duit pergi ke Saloon kecantikan namun masih tiada kesan yang memuaskan.Sebenarnya,kita tak boleh putus asa.Setiap penyakit pasti ada penawarnya.Yang penting kita usaha dan tawakal.

Mungkin produk itu,tak sesuai dengan kulit kita.Tapi sesuai dengan orang lain.Jadi,kita kena cuba sehingga kita jumpa dengan penawar masalah kulit kita.

Tak salah pun kita nak cuba bermacam-macam produk.Yang penting kita tahu kandungan dalam produk tersebut.Jangan ada bahan yang bersifat menghakis kulit. Dikhuatiri,kulit muka kita bertambah teruk.Pastikan:-

 

  • TIADA bahan kimia terlarang
  • TIADA pewarna tiruan
  • TIADA mercury
  • TIADA steroid
  • TIDAK menghakis kulit
  • TIADA kesan sampingan
  • TIADA BAHAN MENCURIGAKAN SEPERTI PLASTIK ATAUPUN BENDASING LAIN

 

Mungkin ada yang sudah tahu cara hilangkan jeragat yang kita nak kongsi ini,tetapi masih ramai di luar sana yang mungkin belum tahu kan.

MASKER KUNYIT DIY !

Kunyit boleh menghilangkan jeragat dan melindungi kulit dari jangkitan.Caranya:-

  1. Camppurkan satu sudu teh kunyit dengan jus lemon.
  2. Sapukan pada kulit muka yang bermasalah.
  3. Biarkan 10-15 minit,kemudian bilas dengan air sejuk.
  4. Boleh buat sebelum mandi.

Redha itu memangla bagus,tetapi dalam masa yang sama kita ikhtiar cara hilangkan jeragat yang lain.Kalau tak dapat hilangkan pun,tapi kalau dapat kurangkan dari merebak ke seluruh muka itupun sudah cukup baik.Betul tak?

Mesti stress dengan masalah jeragat ini kan? So apa kita jom kita mula amalkan. Simple tapi PADU tips ni kan? 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *