FOUNDER

Cik-Mad

Muhammad bin Mohd Ridzuan a.k.a Cik Mad.

Cik Mad telah menubuhkan MMR VISIONS SDN BHD pada April 2018

STORY FOUNDER

Cik Mad menjalankan perniagaan ‘business to business’ dalam bidang penjagaan kulit wajah. Bagaimana bermulanya syarikat ini, adalah daripada pengalaman Cikmad sendiri.

Di usia seawal belasan tahun, Cikmad sendiri telah melalui waktu yang sukar dan mencabar. Saat yang paling getir dalam hidup Cikmad adalah, saat ibu dan ayahnya berpisah. Beliau bersama ibu dan adiknya terpaksa tidur dalam kereta sebagai tempat berteduh selama seminggu, sementara mencari rumah sewa pada masa itu.

Mereka terpaksa menipu adiknya yang masih kecil ketika itu. Disebabkan tekanan itu, beliau hampir terjerumus ke arah perkara yang tak diingini. Perkara yang mendorong untuk mewujudkan bisnes MMR VISIONS SDN BHD adalah dirinya sendiri di mana Cik Mad tidak mahu orang lain mengalami nasib yang sama. Bermulalah titik permulaan MMR VISIONS SDN BHD yang membawa jenama AYDEER.

Kisah bagaimana nama AYDEER ini dipilih adalah hasil kombinasi AYANG + DEAR : AYDEAR. Tetapi nama tersebut tidak dapat didaftarkan kerana nama tersebut telah didaftarkan oleh pihak lain. Jadi kami mengambil keputusan untuk mengekalkan nama tersebut dengan nama AYDEER. 

PENCAPAIAN

1. Mempunyai seramai 20 orang team di HQ dan akan ditambah dari semasa ke semasa

2. Mempunyai 3 buah pejabat.

3. Mempunyai seramai 140 orang Beauty Consultant dan lebih kurang 100 Aydeer Angels.

4. Mencatat rekod jualan sebanyak RM 1.95 juta setahun bermula 2018.

FOKUS

Kami di Aydeer memilih membantu wanita-wanita untuk berbisnes sambil membantu wanita untuk tampil lebih cantik dan mempunyai sumber pendapatan sendiri dan menjamin duit poket atau duit simpanan wanita itu sendiri.

VISI & MISI

VISI : Membantu wanita-wanita untuk menjadi cantik supaya dapat menjaga kebahagiaan rumah tangga dan membantu menurunkan statistik kadar penceraian di Malaysia.

MISI : Membantu wanita-wanita untuk memulakan perniagaan untuk mendapat sumber pendapatan sendiri.

 

VISI KAMI PADA 5 TAHUN AKAN DATANG

 

Visi kami adalah mencapai target sasaran jualan sebanyak RM 20 juta dalam masa setahun dengan adanya 5000 Perunding Kecantikan yang kami akan lahirkan dari AYDEER ANGELS. Seterusnya, kami sudah mempunyai bangunan sendiri dan team sebanyak 50 orang dan menubuhkan tiga anak syarikat di bawah jabatan ‘Team Production’ ‘Team Operation’ dan ‘Team Marketing’

KELEBIHAN

KELEBIHAN MENJADI SEBAHAGIAN DARI TEAM KAMI ADALAH :

 

1. Kami akan serap anda menjadi sebahagian daripada Team Sales dan Marketing kami.

2. Kami juga menyediakan latihan yang praktikal mengikut kesesuaian industri.

3. Berpeluang belajar strategi Sales dan Marketing syarikat yang menjana tujuh angka setahun.

Follow by Email
Facebook
Facebook